JANA PENDAPATAN DARI HANDPHONE ANDA

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Pengikut

TOK GURU KAWE




KAWE BLOGGER PAS

Jumaat, 25 Disember 2009

BILA MANUSIA TIDAK KENAL MANUSIA


Al-kisah...taipppp..maka tersebut la kisah...taipppp..seorang guru sekolah ugama ingin menguji kepandaian anak2 muridnye.Maka dipanggil semua muridnye berkumpul.Si Guru pun berkata kepada anak muridnye:

TOK GURU:"Wahai anak2 muridku sekelian,aku ingin sekali makan ayam yang di sembelih tanpa di lihat oleh sesiapa pun.Sesiapa yang dapat menyembelih ayam seperti yang ku katakan tadi maka dia layak mengantikan aku sebagai Guru".

Maka pergilah anak2 muridnye mencari tempat tersembunyi.Ada yang pergi dicelah-celah semak,ada juga menyembelih ayam didalam rumah.Sesudah di sembelih ayam tersebut,maka mereka pun berjumpa TOK GURU mereka.
ZAMRY:Tok ini ayam yang tok hendak.
TOK GURU:Dimana kamu sembelih ayam ni wahai muridku?
ZAMBRY:Dalam reban ayam tok,tak ada sesiapa yang tengok tok kecuali ayam2 dalam reban tu aje tok.SUMPAH Tok.
TOK GURU:Baiklah,ada siapa2 lagi?

Maka satu persatu anak muridnye tampil menunjukkan ayam yang di sembelih dan menjelaskan dimana dilakukan penyembelihan tersebut.Akan tetapi terpandang Guru tersebut akan seorang anak muridnye yang masih tidak menyembelih ayam seperti anak2 muridnye yang lain.maka Tok Guru tersebut pun bertanya pada muridnye itu,

TOKGURU:Kenapa kamu belum sembelih ayam itu wahai Ismail?

Maka jawab murid itu dengan nada sedih dan takut,

NIZAR:Wahai Guruku,ampunkan saya kerana tidak dapat melakukan apa yang Tok pinta.Sudah puas saya mencari tempat yang tiada orang tapi gagal Tok.
TOK GURU:Kenapa?Dimana kamu pergi hingga semua ada orang?
NIZAR:Semua tempat Tok,dalam hutan,dalam rumah kosong tapi tak dapat saya sembelih ayam macam Tok perintahkan.Tiap kali saya nak sembelih mesti ada orang melihat Tok.
TOK GURU:Siapa orang itu?
NIZAR:Saya sendiri Tok.Saya manusia jadi bila saya nak sembelih saya tengok ayam tu Tok sedangkan Tok berpesan tak bagi sesiapa pun melihat.Saya gagal sembelih ayam ni Tok.

Maka Tok Guru itu pun tersenyum lalu berkata,

TOK GURU:Tiada muridku yang lulus selain kamu.Kamu muridku yang amanah pada perintahku dan pintar.Maka kamulah layak mengantikan diriku sebagai 'GURU' dan mengambil alih 'Madrasah' ini sebagai 'Mudir'..

TAMAT....

ANOK_GADING:RINDU PADA SEKOLAH UGAMA DI KELANTAN......

SERUPA TAPI TAK SAMA


Seorang cucu berjalan dengan atoknye.Sedang mereka berjalan,terlihat cucu akan seekor kambing.Lalu si cucu pun berkata,

Cucu:Atok macam kambing!
Atok:Haaa??!!!

Si atok terkejut lalu bertanya pada cucunye kenapa berkata bergitu.Lalu si cucu pun menjawab,

Cucu:Atok ada janggut,kambing tu pun ada.Atok makan,kambing tu pun makan.Atok tak SOLAT,kambing tu pon same tak SOLAT tok.

Terkejut si atok bila dengar si cucu berkata bergitu.Didalam hatinye berkata,

Atok:"Adus malunye aku.".

ANOK_GADING:Mimpi kena "seksa" dalam kubur sebab tak SOLAT.

Khamis, 24 Disember 2009

PENYAMUN ERA '1MALAYSIA'


Ketika balik dari bekerja shift malam, Azwan telah diserang hendap oleh seorang penyamun.Kerana tidak mahu mengalah, Azwan cuba melayan penyamun itu.

Tapi, Azwan kalah dan penyamun itu terus menyeluk kedalam sakunya untuk mencari duit dan barangan yang berharga. Apa yang dijumpai hanyalah duit RM 1.00 !

Pencuri itu tidak berpuas hati, lalu bertanya kepada Azwan

Penyamun : Kau bergelut bermatian dengan aku kerana semata-mata nak selamatkan RM 1.00 ini saja?

Azwan : Laaa... kau cuma hendak RM 1.00 tu je ke? Aku ingatkan kau nak rompak duit RM 1000.00 yang aku sembunyikan dalam kasut aku ni.

ANOK GADING : RASA-RASA MACAM NIE LA KOT SITUASI DALAM KES KEHILANGAN ENJIN F-5E...ENTAH LER...PAKAT-PAKAT PIKIR LE YE..

Rabu, 23 Disember 2009

JABATAN AUDIT MALAYSIA PUN TAK BOLEH PAKAI!!!



KUANTAN – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menggesa kerajaan terutama Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan, memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada 2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.

Azan berkata, siasatan terhadap kehilangan enjin pesawat pemintas itu bergantung ada laporan dan asas terbaik kepada siasatan adalah Laporan Ketua Audit Negara.

“Agak mengecewakan apabila laporan yang dikeluarkan untuk tahun 2007 dan 2008 langsung tidak menyentuh berhubung perkara berkenaan dan tiada sebarang laporan audit bagi Kementerian Pertahanan untuk tahun 2008.

“Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku, sedangkan semua kementerian perlu membuat semakan aset setiap tahun dan tidak terkecuali Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya lebih telus, memandangkan isu ini perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif bukan sahaja di kalangan rakyat, malah melibatkan pelabur asing.

“Isu ini amat mengejutkan apabila aset TUDM yang selama ini melalui prosedur kawalan ketat boleh hilang dan pihak terbabit boleh terlepas pandang.

“Sekiranya ada laporan dibuat berhubung kehilangan itu, ia sepatutnya dilaporkan dan diaudit untuk tindakan lanjut seperti kes-kes pembaziran wang peruntukan kerajaan yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya.

Sumber : sinar harian

ANOK-GADING : NAMPAKNYA SEMUA TAK BOLEH PAKAI...HAMPRAK TUL LA...HARAPKAN PAGAR PAGAR KENA CURIK....

Selasa, 22 Disember 2009

TUDM AKAN LATIH PILOT TERBANGKAN PESAWAT TANPA ENJIN

SETELAH 2 ENJIN PESAWAT TEMPUR F-5E MILIK TUDM HILANG DIJUAL DIPASARAN GELAP LUAR NEGARA,PASUKAN TUDM KINI TERPAKSA MENGGUNAKAN ALTERNATIF LAIN BAGI MEMPERTAHANKAN NEGARA...

MELALUI SATU SUMBER YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI,TUDM SEDANG MEMBERIKAN LATIHAN INTENSIF KEPADA PILOTNYA UNTUK MENERBANGKAN 'PESAWAT TANPA ENJIN'...

MELALUI SUMBER YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI ITU JUGA,TUDM SEDANG MENDAPATKAN KHIMAT PENGAMAL 'ILMU KEBATINAN' BAGI MELATIH ANGGOTA TENTERANYA UNTUK DIAMALKAN KETIKA MENERBANGKAN 'PESAWAT TANPA ENJIN' NANTI..

KAEDAH INI BUKAN SAHAJA DAPAT MENGATASI MASALAH KEHILANGAN ENJIN,IANYA JUGA DAPAT DAPAT MENJIMATKAN KOS PENERBANGAN DAN PENYELENGARAAN YANG TERPAKSA DITANGGUNG OLEH TUDM SELAMA INI..

DENGAN INI SECARA TIDAK LANGSUNG BOLEH MENGURANGKAN BAJET KERAJAAN TERHADAP ANGKATAN TENTERA MALASIA...OLEH YANG DEMIKIAN KITA SECARA TIDAK LANGSUNG JUGA DAPAT MELIHAT KEHILANGAN ENJIN PESAWAT TEMPUR F-5E INI TELAH MEMBERI KEBAIKAN KEPADA BAJET BELANJAWAN NEGARA..

TANIAH BUAT TUDM DAN JUGA KEPADA MENTERI PERTAHANAN KETIKA ENJIN PESAWAT TEMPUR F-5E INI HILANG...JASA MU AKAN KU KENANG SELAMANYA SEBAGAI 'PENGKHIANAT NEGARA..

Isnin, 21 Disember 2009

DEDOH AURAT KENO BAYA RM500

(Anggota penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin.)

KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.
Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

Sumber : Kosmo(12 Disember 2009)

EDDY_MUAY : KAWE MALAH NOK KECEK BANYOK PASA ISU NIH...PUOK DEMO PIKIR SDIRILAH MANO MOLEK....GAPO-GAPO PUN TINDOKE MPKB-BRI NIE KAWE PUJI HABIS...PATUT NEGERI LAIN PON WAK GETEK LAGU NIH..BARU JOLO NOK KO ISLAM

RELEK SEBENTAR.....

Surat Permohonan

Suami bin Lelaki
No. 99 Jalan Todak,
Taman Seri Tenggara,
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan.

Isteri binti Perempuan
No. 99 Jalan Todak,
Taman Seri Tenggara,
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan. 30 November 2009

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki