JANA PENDAPATAN DARI HANDPHONE ANDA

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Pengikut

TOK GURU KAWE




KAWE BLOGGER PAS

Jumaat, 12 Mac 2010

PAKATAN RAKYAT LEBIH BAIK DARI UMNONGOK!!!


SEBERANG JAYA, 13 Mac: Rakyat digesa memandang ke hadapan bersama Pakatan Rakyat untuk memajukan negara kerana empat buah negeri yang diterajui selepas menang pada pilihan raya umum lalu menunjukkan prestasi dan mampu melakukan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN), kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, BN nampak sahaja selesa mentadbir tetapi sebaliknya diseliputi keresahan dalaman apabila berbagai isu melanda.

"Rakyat kena pandang ke hadapan bersama Pakatan Rakyat, usah lagi bersama BN yang nyata lemah dalam pentadbiran. Nampak saja selesa tapi penuh dengan resah dan musibah, " terangnya dengan diiringi laungan reformasi dan Allahu Akbar.

Menurutnya, pilihan raya umum yang dijangkakan berlaku dua tahun lagi memerlukan perubahan yang lebih luas supaya Pakatan Rakyat tidak lagi menjadi pembangkang.

Namun, katanya bagi memastikan kuasa BN mantap, mereka akan berusaha melaksanakan program pendekatan seiras dengan apa yang dibuat menerusi Pakatan Rakyat kerana pendekatan BN yang lalu tidak lagi releven dan menjadi bahan ditertawakan rakyat.

Sehubungan itu, tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, BN sepatutnya akur dengan kehendak rakyat yang telah menyatakan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat di setiap pilihanr aya kecil yang diadakan sepanjang tahun 2009.

"Prestasi Pakatan Rakyat memang tinggi pada masa ini manakala nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini menjunam teruk. Itulah yang menggerunkan Umno dan BN, " jelasnya.

Justeru, beliau meminta rakyat melihat apa yang terjadi kepada kes Altantuya, pembelian kapal selam, kehilangan enjin jet, gejala rasuah, masalah dadah, moral remaja dan seumpamanya yang semua tidak dapat diselesaikan oleh pemerintahan BN.

Menurutnya, kepimpinan BN yang ada hanya pandai bercakap tetapi tidak pula bijak bagi menanganinya dengan baik kerana mereka lebih gemar bersandiwara, suka menipu dan bercakap bohong.

“Maka, rakyat yang mempunyai kuasa mutlak kena bekerja untuk menghindarkan BN daripada terus menjahanamkan negara ini.

"Jika rakyat tidak mahu melihat negara ini hancur ekoran ketidakcekapan pemerintahan, tiada jalan lain mereka hanya perlu memangkah parti dalam gabungan Pakatan Rakyat di samping berdoa mengikut agama masing-masing. Mudah-mudahan apa yang terjadi dapat diselamatkan," katanya lagi.

Sumber : Harakah Daily

ANOK-GADING : APA JUA OMOKAN YANG DILAUNGKAN OLEH PUAK UMNONGOK TERHADAP PAKATAN RAKYAT TIDAK SAMA SEKALI MEMBERIKAN KESAN TERHADAP KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP PAKATAN RAKYAT...

JIKA HENDAK DIBANDINGKAN ANTARA PAKATAN RAKYAT DAN UMNONGOK DALAM MEMERINTAH NEGERI RASANYA BAGAIKAN LANGIT DENGAN BUMI...PAKATAN RAKYAT JELAS MENGAMALKAN KONSEP MELETAKKAN KEPENTINGAN RAKYAT SEBAGAI KEUTAMAAN MANAKALA UMNONGOK HANYA 'JUARA' SLOGAN 'RAKYAT DIDAHULUKAN PERCAPAIAN DIUTAMAKAN' NAMUN HAKIKATNYA MEREKA HANYA MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN PRIBADI DAN KAUM KERABAT MEREKA SAHAJA...

INI BUKAN HANYA TUDUHANN YANG TIDAK BERASAS...SELAMA LEBIH 50 TAHUN MEMERINTAH NEGERI DAN NEGARA KITA BOLEH SAKSIKAN SENDIRI BAGAIMANA UMNONGOK HANYA MENJADIKAN JAWATAN DAN KEDUDUKAN MEREKA UNTUK MENGKAYAKAN DIRI MEREKA DAN JUGA KAUM KERABAT MEREKA SENDIRI..RAKYAT???HANYA AKAN DIPEDULI APABILA PILIHANRAYA MENJELANG TIBA ATAU KETIKA MEREKA CUBA MERAIH POPULARITI DEMI MENGEKALKAN KEDUDUKAN MEREKA SAHAJA..

DAN KINI KEHADIRAN PAKATAN RAKYAT NYATA MEMBERI NAFAS BARU KEPADA RAKYAT YANG SUDAH SEKIAN LAMA MENGHARAPKAN PEMERINTAH YANG MAMPU MEMBELA NASIB MEREKA...PILIHANRAYA UMUM KE-13 NANTI DIHARAPKAN MAMPU MENGHADIRKAN SESUATU YANG AKAN MENGUBAH SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA SEKALIGUS MEMWUJUDKAN PEMERINTAHAN YANG LEBIH TELUS DAN ADIL....

Jumaat, 8 Januari 2010

ALLAH UNTUK SEMUA

ASSALAMUALAIKUM....


Anok terasa sedih dengan umat ISLAM di negara kita yang pemikiran pendek tapi nak tunjuk pandai.Maaflah kalau kata-kata anok buat ada sesetengah terasa tapi pada mata anok memang itulah hakikatnya.Sebagai seorang umat ISLAM,anok terasa malu apabila umat ISLAM di negara kita tidak peka dan tidak pandai dalam isu NAMA ALLAH ini.


ALLAH MAHA BESAR dan DIAlah PENCIPTA sekian makhluk.Di situ kita dah dapat penjelasan di mana ALLAH adalah tuhan pada semua hidupan di dunia ini.Maka bagi anok tidak salah bagi agama lain menggunakan nama ALLAH kerana ALLAH adalah tuhan sebenar mereka.Asalkan mereka tidak menggunakan nama ALLAH bagi sesuatu yang tidak senonoh.Contohnya untuk perkataan mencarut atau bagi nama haiwan.


Bagi anok,kita sepatutnya mendoakan pada orang-orang kafir yang menggunakan nama ALLAH ini agar terbuka hatinya untuk memeluk ISLAM.Mungkin apabila mereka asik menyebut nama ALLAH setiap masa mereka terasa lebih dekat dengan ALLAH lalu mereka memeluk agama ISLAM.Anok berkata bergitu kerana anok yakin bahawa nama ALLAH penuh dengan mukjizat dan nama ALLAH sangat berkuasa.ALLAH MAHA BESAR dan tiada tuhan DISEMBAH selain ALLAH.


Anok harap apa yang anok katakan ini dapat menjelaskan kepada sesiapa yang masih kurang jelas tentang isu nama ALLAH ini.Anok bukan tunjuk pandai tapi anok tahu bahawasannya ALLAH itu adalah TUHAN sekian makhluk yang ada di dunia ini.


Anok kadang-kadang pelik gak dengan orang yang kononnya membela agama ISLAM tapi anok tengok mereka sendri duk hina agama ISLAM.Anok bagi contoh,wanita dan anak-anak dara di malaysia,anak-anak mereka masih lagi tidak bertudung sedangkan ALLAH mewajibkan pada umat ISLAM supaya menutup aurat.dan ada juga dikalangan mereka minum arak.Cakap mempertahankan agama ISLAM tapi mereka sendri memalukan ISLAM.


Anok sendri tak tahu nak cakap macam mana dengan orang macam tu.Moga-moga mereka berubah sebelum terlambat.Akhir sekali anok harap agama ISLAM akan terus bercahaya dalam diri kita semua.ALLAH MAHA BESAR....amin.


wasalam..


ANOK_GADING:TIADA SATU PUN BENDA HIDUP KEKAL SELAIN PENCIPTA KITA..ALLAH MAHA BESAR..

Khamis, 7 Januari 2010

MU SAPO??!!P-END KATO BULEH MU ROYAK TOKLEH

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk berhimpun bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah esok agar membatalkannya sebelum tindakan tegas diambil.

Beliau yang memantau secara serius perkara itu, berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeruh dan menjejaskan keselamatan negara.

"Jangan buat sesuatu tindakan yang boleh mengusutkan keadaan, kita perlu bertenang kerana ia melibatkan isu agama yang menjadi isu sensitif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengurusan Inovasi dan Kualiti PDRM di ibunegara hari ini.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa NGO yang dijangka berhimpun secara aman bagi membantah penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic di beberapa masjid di ibu negara selepas solat Jumaat, esok.

Beliau berkata polis tidak mengeluarkan permit kepada mana-mana permohonan untuk berhimpun meskipun ia adalah perhimpunan secara aman.

Beliau berkata semua pihak perlu bertenang dan memberi ruang kepada mahkamah untuk menyelesaikan isu itu dan jangan membuat kenyataan yang boleh menaikkan semangat serta kemarahan orang ramai.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan itu setelah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan peguam mewakili Gereja Katholik, Derek Fernandes mencapai kata sepakat supaya perintah itu ditangguh sementara menunggu rayuan.

Pada 31 Disember, Hakim Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya setelah beliau berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah itu dan ia bukan eksklusif kepada umat Islam.

Ditanya mengenai pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Raja Kamarudin, Musa berkata polis sedang menguruskan permohonan untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawanya pulang ke Malaysia.

"Kami sedang menguruskan permohonan itu tetapi tidak tahu berapa lama kerana kami perlu ikut proses perundangan," katanya.

Mengenai penemuan makmal membuat bahan letupan di Kelantan, Musa berkata ketiga-tiga suspek rakyat Thailand telah dituduh di mahkamah mengikut Akta Imigresen dan mereka dijangka dikenakan tuduhan yang lain.

Musa berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mereka bekerja untuk siapa serta kemungkinan-kemungkinan kaitan dengan kumpulan pemisah di selatan negara jiran itu.

"Kami masih menyiasat dan bekerjasama dengan polis Thailand," katanya.

Sumber- Bernama

ANOK-GADING : BAKPO PULOK LA AYE SEKOR NIH TOK WIN DEMO???DOH P-END KATO BULEH BAKPO PULOK MU TOKSIR WI NYAH..AHH!!!KIRO APO KAWE...WI TO WI KAWE TETAP GI DEMO HARI NIH...SIAP LA FRU...KAWE SIMBOH NGE AIR LOKE KALU WAT KACA....

Jumaat, 25 Disember 2009

BILA MANUSIA TIDAK KENAL MANUSIA


Al-kisah...taipppp..maka tersebut la kisah...taipppp..seorang guru sekolah ugama ingin menguji kepandaian anak2 muridnye.Maka dipanggil semua muridnye berkumpul.Si Guru pun berkata kepada anak muridnye:

TOK GURU:"Wahai anak2 muridku sekelian,aku ingin sekali makan ayam yang di sembelih tanpa di lihat oleh sesiapa pun.Sesiapa yang dapat menyembelih ayam seperti yang ku katakan tadi maka dia layak mengantikan aku sebagai Guru".

Maka pergilah anak2 muridnye mencari tempat tersembunyi.Ada yang pergi dicelah-celah semak,ada juga menyembelih ayam didalam rumah.Sesudah di sembelih ayam tersebut,maka mereka pun berjumpa TOK GURU mereka.
ZAMRY:Tok ini ayam yang tok hendak.
TOK GURU:Dimana kamu sembelih ayam ni wahai muridku?
ZAMBRY:Dalam reban ayam tok,tak ada sesiapa yang tengok tok kecuali ayam2 dalam reban tu aje tok.SUMPAH Tok.
TOK GURU:Baiklah,ada siapa2 lagi?

Maka satu persatu anak muridnye tampil menunjukkan ayam yang di sembelih dan menjelaskan dimana dilakukan penyembelihan tersebut.Akan tetapi terpandang Guru tersebut akan seorang anak muridnye yang masih tidak menyembelih ayam seperti anak2 muridnye yang lain.maka Tok Guru tersebut pun bertanya pada muridnye itu,

TOKGURU:Kenapa kamu belum sembelih ayam itu wahai Ismail?

Maka jawab murid itu dengan nada sedih dan takut,

NIZAR:Wahai Guruku,ampunkan saya kerana tidak dapat melakukan apa yang Tok pinta.Sudah puas saya mencari tempat yang tiada orang tapi gagal Tok.
TOK GURU:Kenapa?Dimana kamu pergi hingga semua ada orang?
NIZAR:Semua tempat Tok,dalam hutan,dalam rumah kosong tapi tak dapat saya sembelih ayam macam Tok perintahkan.Tiap kali saya nak sembelih mesti ada orang melihat Tok.
TOK GURU:Siapa orang itu?
NIZAR:Saya sendiri Tok.Saya manusia jadi bila saya nak sembelih saya tengok ayam tu Tok sedangkan Tok berpesan tak bagi sesiapa pun melihat.Saya gagal sembelih ayam ni Tok.

Maka Tok Guru itu pun tersenyum lalu berkata,

TOK GURU:Tiada muridku yang lulus selain kamu.Kamu muridku yang amanah pada perintahku dan pintar.Maka kamulah layak mengantikan diriku sebagai 'GURU' dan mengambil alih 'Madrasah' ini sebagai 'Mudir'..

TAMAT....

ANOK_GADING:RINDU PADA SEKOLAH UGAMA DI KELANTAN......

SERUPA TAPI TAK SAMA


Seorang cucu berjalan dengan atoknye.Sedang mereka berjalan,terlihat cucu akan seekor kambing.Lalu si cucu pun berkata,

Cucu:Atok macam kambing!
Atok:Haaa??!!!

Si atok terkejut lalu bertanya pada cucunye kenapa berkata bergitu.Lalu si cucu pun menjawab,

Cucu:Atok ada janggut,kambing tu pun ada.Atok makan,kambing tu pun makan.Atok tak SOLAT,kambing tu pon same tak SOLAT tok.

Terkejut si atok bila dengar si cucu berkata bergitu.Didalam hatinye berkata,

Atok:"Adus malunye aku.".

ANOK_GADING:Mimpi kena "seksa" dalam kubur sebab tak SOLAT.

Khamis, 24 Disember 2009

PENYAMUN ERA '1MALAYSIA'


Ketika balik dari bekerja shift malam, Azwan telah diserang hendap oleh seorang penyamun.Kerana tidak mahu mengalah, Azwan cuba melayan penyamun itu.

Tapi, Azwan kalah dan penyamun itu terus menyeluk kedalam sakunya untuk mencari duit dan barangan yang berharga. Apa yang dijumpai hanyalah duit RM 1.00 !

Pencuri itu tidak berpuas hati, lalu bertanya kepada Azwan

Penyamun : Kau bergelut bermatian dengan aku kerana semata-mata nak selamatkan RM 1.00 ini saja?

Azwan : Laaa... kau cuma hendak RM 1.00 tu je ke? Aku ingatkan kau nak rompak duit RM 1000.00 yang aku sembunyikan dalam kasut aku ni.

ANOK GADING : RASA-RASA MACAM NIE LA KOT SITUASI DALAM KES KEHILANGAN ENJIN F-5E...ENTAH LER...PAKAT-PAKAT PIKIR LE YE..

Rabu, 23 Disember 2009

JABATAN AUDIT MALAYSIA PUN TAK BOLEH PAKAI!!!



KUANTAN – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menggesa kerajaan terutama Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan, memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada 2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.

Azan berkata, siasatan terhadap kehilangan enjin pesawat pemintas itu bergantung ada laporan dan asas terbaik kepada siasatan adalah Laporan Ketua Audit Negara.

“Agak mengecewakan apabila laporan yang dikeluarkan untuk tahun 2007 dan 2008 langsung tidak menyentuh berhubung perkara berkenaan dan tiada sebarang laporan audit bagi Kementerian Pertahanan untuk tahun 2008.

“Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku, sedangkan semua kementerian perlu membuat semakan aset setiap tahun dan tidak terkecuali Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya lebih telus, memandangkan isu ini perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif bukan sahaja di kalangan rakyat, malah melibatkan pelabur asing.

“Isu ini amat mengejutkan apabila aset TUDM yang selama ini melalui prosedur kawalan ketat boleh hilang dan pihak terbabit boleh terlepas pandang.

“Sekiranya ada laporan dibuat berhubung kehilangan itu, ia sepatutnya dilaporkan dan diaudit untuk tindakan lanjut seperti kes-kes pembaziran wang peruntukan kerajaan yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya.

Sumber : sinar harian

ANOK-GADING : NAMPAKNYA SEMUA TAK BOLEH PAKAI...HAMPRAK TUL LA...HARAPKAN PAGAR PAGAR KENA CURIK....